Sabtu, 22 September 2007

Al Fatihah buat Adik Nurin Jazlin Jazimin


Pada 20 Ogos Nurin Jazlin Jazimin dikatakan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju. Dalam kejadian yang lain, Isnin lalu, mayat budak perempuan tidak berbaju yang disahkan mangsa deraan seks ditemui dalam sebuah beg sukan di Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama. Kasihan sungguh apabila mendengar kemaluan dan dubur mangsa perbuatan orang seks maniac ini disumbat dengan terung dan timun.


Setelah Ujian asid deoksiribonukleik DNA dijalankan, didapati mayat tersebut mempunyai DNA yang sama dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin. Khabarnya, dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa. Namun, ianya dinafikan oleh bapa Nurin Jazlin Jazimin atas sebab fizikal mayat tidak sama dengan anaknya. Begitu juga dengan polis yang masih belum mengesahkannya dan pemeriksaan DNA kedua akan dibuat.


Nasihat saya kepada ibu bapa di luar sana, jagalah anak-anak anda baik-baik. Jangan dibiarkan anak anda keluar bersendirian. Terapkan nilai-nilai masyarakat yang positif dalam jiwa mereka. Ibu bapa kini perlu juga membuat penilaian semula, amalan negatif mana yang patut dibuang kerana tidak lagi sesuai dan boleh mengundang bahaya.



Melihat kepada gambar Nurin Jazlin Jazimin dan gambar mayat gadis yang didera itu, kemungkinan besar mayat tersebut adalah Nurin Jazlin Jazimin. Kini, kita hanya menunggu pemeriksaan DNA yang kedua dijalankan.


Updated: Bapa Tuntut Mayat Nurin

Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada jam 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.

Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ dalam kalangan keluarga dan jirannya.

Jenazah Nurin Jazlin telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wangsa Maju selepas solat Jumaat hari ini.

Sumber: Bernama



Ucapan Salam Takziah

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Nurin Jazlin. Semoga ujian besar ini ditempuhi dengan tabah dan anggaplah segala cubaan mempunyai hikmah yang tersembunyi dari Yang Maha Esa.

Al-Fatihah…



Jumaat, 21 September 2007

Buffet Lunch @ Palace of The Golden Horses - 8 Sept 2007


On 8 September 2007 I went to have Buffet lunch @ Palace of The Golden Horses with my family. Last year pun kita org makan kat sini before start Puasa. Actually this year kita org follow my mother nyer kumpulan KUTU makan buffet kat sini... ramai2 syok skit makan yer tak... Tapi bagi I, kalau nak makan buffet ni kena bagi kat org yang betul2 boleh makan... kalau tak rugi... Mcm I tak boleh la nak bawa makan buffet, tak larat la... tapi nak gi jgk sebab ada mcm2 jenis makanan... Kat sini Buffet lunch dia org charge RM40++ (ADULT) & RM20++ (CHILDREN).
That day Pemain Pasukan Bola Sepak Kedah pun makan2 kat situ.. Actually I tak kenal la dia org,
my brother said that they all ader match malam tu... huhuhuhu... Lantak depa la.. Kalau I terserempak ngan artis2 ok la jugak.. ni pemain bola sepak wat per.... huhuhuhuhuu....





My brother tgh makan desert la tu... Dia nie memang kuat makan....











My daddy, mummy & my daughter...
Kusyuk nyer masing2 ....

Syafiqah Graduation Day - 21 September 2007

PreSchoolGraduationPreSchoolGraduationPreSchoolGraduationPreSchoolGraduation


Today is my daughter Syafiqah Pre School Graduation Day (21 Sept 2007).
Next year she will be in Standard One at Sek Keb Puteri Seremban.
Seronok dia hari nie sebab dapat Sijil Tamat Pra Sekolah...
Hope she will be a good daughter and good student... Insya'allah...
AMIN....

CONGRATULATIONS TO
NUR SYAFIQAH ALMIRA BT MUHAMAD SUPIYAN


Syafiqah wit her friends Izzati, Nurul Safiqa & Nurin Tihani
waiting for their turn to receive Certificate.

Syafiqah wit her "SIJIL TAMAT PRA SEKOLAH"


PreSchoolGraduationPreSchoolGraduationPreSchoolGraduationPreSchoolGraduation

Jumaat, 14 September 2007

2nd day puasa..

2nd day puasa.. anak2 i bangun sahur. Adik bangun tapi katanya tak nak puasa. Nak tau aper sebab dia tak nak puasa hari nie... katanya nanti adik jadi kurus sangat lagi susah.. Hahaha... wat lawak btul la anak aku nie.. suka hati la janji dia dapat berpuasa penuh semalam... kakak plak masih lagi berpuasa...

Today kakak tak g sekolah sebab sakit perut (cirit birit).. dah beberapa hari dia tak sedap perut. Tadi (11.00pg) call dia tanya sama ader masih puasa atau tidak dia kata tak sebab tak larat... yer la air banyak kluar.. kesian dia.. biar la dia pun tak sihat kan...

Harap2 hari ni dapat la sampai rumah cepat... tak sanggup la berbuka dalam bus... huhuhu... harap hari ni tak banyak org beratur macam semalam...

SELAMAT BERBUKA KEPADA SEMUA....



1st day puasa...

Firstly, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua umat Islam diseluruh dunia... semoga ibadah yang kita jalani ini mendapat berkat dari Nya.

Here I want to cerita about my daughters 1st day and 1st time puasa. Actually, dia org dah lama berkobar2 nak berpuasa since early this year (bersemangat kan). Siap menghitung hari lagi kat calendar. Haha.. bersemangat nya anak2 mummy... Ok.. 1st day bersahur memang senang jer nak bangunkan bdk2 berdua tu, mana tak nya semangat nak berpuasa dia org dah lama dipupuk. Dia org bersahur makan french toast and susu coklat. Pesan kat dia org kalau tak larat dapat setengah hari pun jadi la.. n pesan lagi kat dia org lepas ni dah tak boleh makan n minum lagi, pukul 7 lebih nanti baru boleh berbuka sama2 (7pm). Yang kakak masih faham adik mcm blur2 lagi... mana tak nyer dia masih tak berapa faham.

Pukul 6.00am bersiap utk g sekolah n i plak nak gi kerja... ader incident my mum said that adik pergi dapur nak minum... huhuhu... my mum pun tegur dia la.. kesian dia... hehehehe... yang kakak ok lagi..

Pukul 12.00tgh my sister sms me told that my both daughter masih lagi tahan berpuasa... Wah!! ini sudah bagus kata i dalam hati... Harap2 dia org puasa penuh la... my sister said that adik minta nak makan but she didnt give her. Ask her to tahan... ala berpa jam lagi kan... kakak plak dah tidur, kata my sister dia sakit perut tu yang tidur tu... Risau jgk kot2 gastrik ke kan...

Pukul 5.00pm i balik dari ofis i did sms them tanya whether both of them still puasa, YES!!! they did... ALHAMDULILLAH... nampaknya anak2 i hampir berjaya memenuhi puasa utk 1 hari..

Ingat kan 1st day puasa dapat berbuka sama dengan dia org tapi tak dapat jgk sebab memang ramai yang nak balik awal, dah la nak naik bus kena berbaris panjang... letih betul la... tak per la Sat & Sun i akan dapat jgk buka puasa ngan dia org...

Tapi ader satu lagi, I tak dapat berpuasa, bersahur n berbuka bersama ngan my husband... Dia berpuasa di Shenzen China. Raya tahun nie pun tanpa dia... Huhuuu... anyway if he read this blog saya nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kat awak.. n harap jaga diri bebaik kat tempat org.... WE LOVE & MISS U HERE...

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM....

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Assalamualaikum semua.....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan....

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: "

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insya’alla.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..

Sabtu, 1 September 2007

My husband work place....


Tak banyak gambar yang saya dapat dari husband yang kini berada di Shenzen, China...
Katanya tak der masa nak upload... Yang saya letak kat sini sumer gambar2 dia kat Restaurant yang di kerja sekarang... Nama restaurant tu HangLiPo (Malaysian Fine Cuisine)... Sekarang ni dia busy skit meeting ngan org2 Tourism kat Guongzhou... Almaklum la sekarang kan musim kemerdekaan dan tahun melawat malaysia so bz skit utk mempromosikan Malaysia kat Shenzen China....